itu-dia-kawan



Friends show their love in times of trouble, not in happiness - Euripides


Orang yang hampir dengan kita selepas keluarga. Orang yang sentiasa menghabiskan masa bersama kita. Ya. Semua orang mesti ada kawan, kawan yang ada suka duka senang susah. Tak kira lah betapa teruknya seseorang individu itu, itu juga kita panggil kawan. Bagi aku, kawan boleh jadi sesiapa je, yang gay, yang lesbian, yang teruk perangai, yang baik, semua ada. Baru lah kita tahu macam macam rupanya perangai manusia. Ya, aku bertuah sebab dikelilingi dengan kawan yang pelbagai ragam. Tapi pada masa yang sama, aku pening, aku confuse, kerana bukan hanya ragam, tetapi lebih daripada itu. Kini aku dah 20 an, bermaksud, lama tidak lama aku mengetahui perangai orang sekeliling. 

Bagi aku, susah hendak mencari kawan yang baik dengan kita sampai kita mati, sampai kita tua, kerana manusia berubah. Ya, lebih lebih lagi kaum aku, kaum Hawa. Kaum ini lah yang sukar sekali bagi aku untuk berkawan, ada sahaja orang judge. Sinonim dengan nama wanita, yang banyak mulutnya, ada sahaja idea untuk mengata orang, tak kisah lah orang tu baik ke, jahat ke, yang jahat lagi lah kena bash, yang baik, pun sama jugalah, ada je tak kena, ada je nak cari silap. Ya, orang itu pelbagai perangai, tapi sebagai seorang kawan, kita dapat menasihati, kalau dia tidak dengar, itu dia punya hak, kita terus kan lah hidup kita, jangan pula nak bercerita belakang dia, jangan pula rasa tak puas hati, kita dah buat apa yang patut kita buat. Kawan, seseorang yang mampu menerima kelemahan kita, sesorang yang boleh berkawan dengan kita walaupun ada banyak mana kelemahan pun, dia tetap disitu, disitu dengan menasihati, dan sentiasa dengan kita, mendengar dan sebagainya. Ya, itu kawan. 

Kawan, adalah seorang yang tidak mudah mendengar fitnah dan segala cerita buruk daripada orang lain tanpa menyiasat cerita sebenar antara dua pihak, jika dia benar kawan, dia akan bertanya, dia akan solve dan cari solution. Bukan dengan meninggal kan dia tanpa memberitahu hal sebenar. Bukan dengan bercakap belakang, bukan dengan menikam dari belakang. Bukan. Itu tidak benar. Dari situ kita boleh Nampak perangai sebenar kawan itu macam mana, bermuka muka. Sukar diramal. Jika benar engkau engkau dan engkau kawan yang sejati yang boleh diharap, sentiasa lah ada dengan dia tika dia dalam kesusahan dan senang, kerana jika suatu hari engkau berada dalam kesusahan, selain keluarga, kawan juga lah yang akan membantu, kawan juga lah yang engkau cari, kan? 

Ya, aku tahu aku tidak sempurna, tapi aku juga perlukan nasihat, aku juga perlukan sokongan dan segala hal yang aku lemah, betulkan apa yang aku salah. Mungkin aku ada terlepas pandang, mungkin aku lalai, tapi aku manusia yang tak terlepas membuat salah. Semua orang buat salah, kerana kita manusia biasa. Ini adalah raw words dari aku, tiada mengena dengan yang hidup dan yang mati, jadi, jangan lah terasa ke apa ke, then touching sendiri, lepas tu conclude everything. Yeah manusia ni, mulut dia takkan tutup selagi nyawa tak ditarik daripada jasad. 

Just saying! :)

Hati



Pabila kita soal kan hal hati, perbagai kata tidak dapat diungkapkan. Jika dihuraikan satu persatu, mengambil masa yang tersangat lama. Cukuplah sekadar aku tahu hati ini, milik kamu. Kamu yang sentiasa ada, disini, didalam ini, hati ini. Sekian lama aku dengan kamu, pelbagai rintangan dan dugaan yang telah kita lalui, bersama. Aku harap ianya tidak berhenti setakat ini. Mungkin kita ada salah faham, mungkin kita ada tergaduh kecil, mungkin kita ada semua benda yang negative, tapi aku inginkan, ianya tidak berakhir setakat ini. Kerana aku ingin membina benteng positive kita supaya semua yang datang dapat kita tepis dengan baik. Dengan dewasa, dengan lancar. Kerana aku bukan hanya inginkan kamu pada harini, tetapi pada masa hadapan aku. Ia, itu masa yang aku tunggu tunggu. Aku menginginkan sesuatu yang kekal, sampai bila bila. Walaupun deras ombak datang memukul, kita tetap disitu, memegang satu sama lain, disitu, tidak berganjak :) Aku inginkan kamu harini, esok dan hari hari yang seterusnya. Kerana hati ini, dimiliki, kamu. MNM

Part of me

Semakin hari semakin sayang, sayang yang takkan pudar walaupun sikit. Rasa cinta yang makin mendalam hanya untuk kamu. Kamu yang sentiasa di ingatan dan hati ini. Hati yang sentiasa berdegup nama kamu. Rasa cinta yang semakin berkembang megah rasanya, sayang. Sayang, setiap hari, aku mahukan kamu. Setiap masa, setiap minit, jam, dan saat. Aku hanya inginkan kamu seorang dalam hidup aku, sampai bila bila. Kerana kamu kegemaranku yang tidak lekang membuat aku tersenyum, ketawa tanpa henti dan pelbagai rasa yang tidak dapat aku gambarkan. Kerana kamu, aku memnangis, aku sedih, aku sakit, aku suka, aku gembira, semua rasa menjadi satu. Semuanya kerana kamu. Sudah lama aku tidak merasa seperti ini, seperti seorang manusia normal yang mempunyai pelbagai perasaan. Sayang, aku inginkan kamu seorang. Tidak ada orang lain. Sumpah aku penat. Penat untuk mengulang semuanya daripada sifar. Aku harap, dengan diri yang tidak seberapa ini dapat membuat diri kamu bahagia, tersenyum, ketawa tanpa henti seperti mana aku merasakan itu. Diri ini yang tidak sesempurna tetapi akan aku cuba sedaya upaya membuat kamu bahagia. Kerana bahagia itu ada aku dan kamu. Kamu ingat itu, sayang. Aku tidak ingin mencintai kamu untuk beberapa juta hari, kerana aku ingin mencintai kamu lebih dari hari hari itu dan tidak boleh dikira. Kamu adalah selepas pencipta aku dan keluarga aku. You’re part of me. Part of me, lovely. I want to own you. Only you. And I don’t want anyone else to own you. I love you.

Happy when..


Happy when feeling loved, caring by him, adored, miss and everything about love. I miss being in loved passionately and I miss everything about love! Thank god, I’ve found you. Doesn’t care when you come, what times, what places, but this moment, this minute, this seconds, I AM IN LOVE WITH YOU, BUDDY! Really reallllllyyyyy love you. I don’t even know our friendship can turn into this unexpected relationship. I love this relationship and I love you, buddy. I am 21 and you too. We’re both in same ages, growing up. I hope this relationship is not like ‘cinta monyet’ school teenagers. How I wish this is a serious one. But anything can happen I know. You know tawakal? Yes I am tawakal on what happened next. I’m ready to face anything that comes next. But in a same time, I hope you will be there forever in my future perhaps? Because you’re different. Different from any guys that I knew. I means exes and not include my bestfriends! Since the first time I saw you, I didn’t feel anything. Yeah because we are just friends, and classmates. But one day, we’re become very closed. Too closed. Like bestfriends. We always texting and call every day, shared stories and everything. Till now. I hope this will be last forever. If we’re not meant to be together soon, I still want to be your friends, till die :)


Sayang, terima kasih kasih untuk segenap rasa di dalam hati ini, terima kasih kerana kamu hati aku kini berbunga bunga, kerana kamu, aku dapat semula perasaan cinta yang telah lama padam ini, kerena kamu juga, aku rasa setiap hari diperlukan. Aku rindu saat itu. Kini aku telah dapat. Dan orang itu adalah kamu. Kalau aku boleh ungkapkan perasaan ini satu persatu, ingin aku lakarkan dihadapan kamu sayang. Ingin aku tunjuk apa ada dalam isi hati aku ini kepada kamu. Hati yang telah merah kembali. Betapa perlunya diri kamu disini, di dalam hati aku, dikamar milik kamu. Aku sayangkan kamu, harini, esok dan selamanya. Terima kasih kepada kerajaan yang bertakhta di hati ini. I love you, Nazreen.








Rasa

Bahagia itu,


Aku dan kamu ;)

Untuk saya



Erna Nuridayu - tak silap, tak bukan, tak tidak, tak lain, hanya kamu, hanya satu. Dan, Kasih, Ini bukan nyata nyata yang palsu, yang kata kata nya dirias, dihias; pelitup helahku, tak terlakon dek sesungguhnya, waras ini tak setahap itu. Tidak, bukan begitu. Sayang, Untuk kamu, hati aku. Untuk kamu, diri aku, untuk kamu, dunia aku, untuk kamu dari sifar ke satu, untuk kamu, untuk kamu. 





terima kasih untuk segenap rasa yang diberi; kerajaan yang merajai hati. Thank sayang.

Jill

Harini walaupun aku busy, aku ingin update entri ni jugak, maybe sebab dah terlalu lama aku merenung buku dan assignments tanpa henti dan tanpa ada rehat yang cukup. Hmmm, sepanjang aku busy dengan semua itu, macam macam yang telah terjadi, aku anggap ia sebagai ujian dan dugaan yang datang. Aku takkan pernah give up. Kerana Allah tidak suka hambanya putus harapan. Takpalah, kalau tiada ujian dan dugaan pun tak best jugak kan? So, aku hadapinya dengan senyuman. Kita mesti kuat kalau nak hidup dalam dunia ini. Sebab dunia ini tidak dijadikan untuk kita seorang sahaja. So hadapilah dengan positif. Sepanjang aku stress semua, ayah dan mak pengubat segalanya. Ayah tidak lekang dengan lawaknya dan emak pula sentiasa mendoakan aku. Alhamdulillah ya Allah. Aku bahagia. Ayah dan emak sentiasa support aku dari belakang. Terima kasih semua. Kepada kawan kawan yang sentiasa mendengar masalah aku, tempat aku mengadu selain Allah dan ibu bapa. Korang the best.



Mengenai perasaan cinta, ingin disayangi, aku tolak ketepi dahulu kerena itu semua tidak penting buat aku sekarang ni. Adakah aku normal? Yes aku normal, Cuma aku tiada masa nak fikir pasal itu dengan lebih mendalama. Kerana kini, degree aku dah buat aku sarat dengan masalah. Takkan nak ditambah dengan masalah pulak kan? So, put it aside. Tak semua percintaan bahagia, kerana mana ada benda perfect dalam dunia ni. Mula mula je bahagia, lama lama aka nada pergaduhan dan seterusnya kembali baik dan seterusnya korang fikir lah sendiri. Hehe. Aku dah penat menjaga hati dan perasaan orang sehingga perasaan sendiri tidak terjaga. “Kesian kau sebab asyik nk jaga perasaan orang sampai perasaan kau sendiri kau tak jaga”, (Jill, 2013). Ini kawan aku cakap, he knows everything about my problems. He my bestfriend ever. Aku sayang kau Jill!