Aku kehilangan


video


video


Tidak tahu mengapa, bagaimana, bila semua benda ini terjadi. Apa yang aku tahu, ianya terjadi sekelip mata sahaja. Patutlah aku sedih saja bila kali terakhir berpisah dengan kamu. Air mata berlinangan setelah sampai di kuala lumpur. Kamu bertanya kenapa aku menangis. Aku menggeleng. Dia pun bertanya lagi, aku menjawab bahawasanya aku takut perkara ini berulang lagi, aku taknak kehilangan kamu buat selama lamanya kerna aku acap kali beritahu kamu bahawa kamu adalah milik aku selamanya. Kamu pun begitu. Kamu lap air mata itu dengan jari kamu, kamu pujuk aku. Kamu kata demi Allah dan bersumpah tidak akan tinggalkan aku dan berbuat aku begitu lagi. Aku sanggup maafkan kamu bila kamu buat begitu terhadap aku tempoh hari. Kamu meminta maaf kepada aku, menarik tangan aku sehingga tak hendak melepaskannya tika aku ingin pergi meninggalkan kamu selamanya. Kamu menangis kerana membuat hati aku begitu. Hati aku yang kamu carik. Aku ingin lepas kan kamu, kamu boleh pergi dengan hidup kamu selepas ini. Tetapi kamu tak hendak. Kamu kata aku tidak seperti orang lain, kamu hendak hidup sampai mati dengan aku. Aku simpan kata kata kamu rapi dalam poket hatiku.


Selepas dua minggu ianya terjadi lagi, hatiku tercarik lagi seperti sebelum ini. Mengapa ini terjadi kepada aku? Aku tidak pinta semua ini. Aku tak hendak diri ini diperlakukan begitu. Aku masih ingat yang kamu mengingati aku bahawa semua ini akan kita lalui bersama sama walau apa pun yang terjadi. Kamu tidak hendak aku putus asa terhadap kamu dan hubungan ini. Terima kasih kerana selalu sokong aku tika aku jatuh. Selama kita bersama, aku pelajari banyak perkara. Perkara yang membuat aku sedikit berubah. Sedikit sedikit lama lama jadi bukit bukan? Aku ada kamu untuk menyokong aku. Terima kasih. Selama kita bersama, segalanya kita kongsi. Masalah kamu, masalah aku, assignment kamu, assignment aku, sedih duka dan perit aku dan kamu lalui bersama. Tika aku sakit dahulu, kamu bawa aku ke rumah sakit. Terima kasih kerana menjaga aku tika aku jauh dari keluarga. Terima kasih kerana risau akan aku. Aku juga tidak boleh melihat kamu sakit, aku akan menjaga kamu selamanya. Sehingga aku tiada lagi di muka bumi ini. Itu janji aku. Aku teringat malam itu, kamu tidak ingin melepaskan tangan kamu daripada aku. Aku rasa sangat selamat bersama kamu. Walaupun hati aku sedikit tercarik, tapi aku tahu aku boleh ubat hati aku ini. Dengan bantuan kamu. Kamu berjanji bukan? Kamu berkata kepada aku “Sayang nya kamu kepada aku?” Aku menjawab setelah hampir dua tahun aku dan kamu bersama, mana mungkin aku padam semua ini. Mana mungkin. Kamu meminta aku peluang kedua, aku memberikan kerna aku sayang kamu.


Sekarang aku dan kamu seperti tidak mengenali antara satu sama lain. Kamu berubah sekelip mata selepas kamu meminta peluang kedua dari aku dan bersumpah tidak akan tinggalkan aku lagi. Tapi, kamu lupa semuanya yang kamu lafazkan itu. Janji kamu itu. Janji yang buatkan aku sanggup mengubati hati aku yang hampir tujuh kali terluka. Sampai hati kau buat begitu kepada aku. Apabila aku disini, aku belajar disini, kamu cari orang lain. Yang menjadi pengganti aku. Kamu berkata tidak pernah ada yang lain. Selain aku. Aku, aku tidak pernah ingin mencari pengganti kamu. Tidak pernah terlintas ataupun berniat. Kerna aku sayangkan kamu. Aku tidak pernah sayangkan orang lain seperti ini. Kamu adalah pertama. Setiap hari aku sakit memikirkan apa salah aku bila kamu mencari orang lain. Kamu gantikan aku dengan dia. Walaupun kamu jauh, aku tidak pernah memandang mana mana lelaki. Kamu tahu aku macam mana. Aku sudah sebati dengan aku. Setiap kegemaranmu, aku tahu, apa yang kamu tidak suka, aku tahu, apa yang sakitkan kamu, aku tahu. Aku tahu semuanya mengenai kamu. Sampai kamu mengatakan pada aku suatu hari dahulunya “aku hendak kamu uruskan aku bila aku sudah tiada nanti kerna kamu tahu segalanya pada diri aku ini”. Aku teringat setiap bait yang kau lafazkan itu. Ingatan yang segar mengenai segalanya. Apa yang kamu cakap, apa yang kita buat, apa yang kita gelak kan, apa yang kita nangiskan, semuanya aku masih ingat. Semua ini sudah sebati. Mana mungkin bila dua hati sudah sebati, ianya akan berpisah. Dahulu kamu sangsi bagaiman sayang aku kepada kamu, adakah aku serius dengan perhubungan ini. Kamu tidak pernah tahu apa yang hati aku simpan. Hati aku simpan bawah aku ingin bersama kamu selama nya. Pelbagai impian aku dan kamu simpan untuk suatu hari nanti. Rumah yang kita impikan, kamu menolong aku masak, bergurau dan berkejaran dengan kamu dalm rumah kita nanti. Aku ingat. Aku ingin bercuti dengan kamu di Itali. Aku ingin menyambung Master aku dengan kamu bersama. Semuanya aku ingin buat bersama kamu setelah aku dan kamu hidup bersama. Aku tidak ingin jauh dengan kamu. Sekarang aku terpaksa. Sebab aku ingin melanjutkan pelajaran. Begitu juga kamu. Kita ada cita cita yang tinggi bukan?


Sekarang, semuanya seperti kabur dipenglihatan aku. Aku sudah tidak nampak kamu. Aku sudah tidak nampak segala nya. Kamu pergi jauh dari hidup aku kerana dia. Hati aku tercarik lagi. Kalau aku tidak menjadi sesuatu yang kekal dalam hidup kamu suatu hari nanti, ingin aku jadi kamu. Sehingga aku mati. Walaupun sukar untuk aku, tapi mengapa senang untuk kamu? Kamu buang aku sepenuhnya. Kamu lupakan setiap kenangan manis pahit kita lalui bersama, kau lupa janji dan sumpah kamu terhadap aku. Kamu lupa. Kamu lupa bila aku jauh. Tapi tidak aku. Aku tidak lupakan apa yang kau pernah katakana kepada aku, janji kepada aku. Akan aku sisip segalanya dalam poket hati aku ini. Walaupun ianya sakit. Terima kasih kepada kamu sang pencinta aku tika dahulu. Terima kasih atas segalanya yang kamu beri kepada aku, yang kamu janji kepada aku, sokongan dan semuanya. Terima kasih kepada kamu yang aku panggil ‘yang’. Terima kasih. Kehilangan kamu membuatkan sedikit hati ini tercalar dan aka nada parutnya sehingga aku mati. Terima kasih untuk segalanya.  
Kamu pernah kata

Jauh,, mata tak sempat lelap, tak tidur lena, bila diri mula digaul dengan pembaharuan suasana. aneh, pelik, tapi jiwa masih indah sama seperti 400 hari yang lalu. cuma kamu jauh, jauh dari sisi untuk aku pandang, untuk aku tunggu kehadiran mu dalam menit waktu. Jauh, hati mencungap, jiwa merindu dengan isi yang meluap luap, betapa perlunya wajah itu aku tatap. Tapi hati, rindu itu nikmat buat pencinta macam kita.”
 

kamu tahu kalau sakit itu perlukan penyembuhan. kalau berlarutan bawa kemudaratan. entah dari mana, tapi ia bisa memudaratkan. sedangkan hirisan kecil di hujung jari terasa seperti sakit yang terpaling sakit dalam dunia, inikan pula yang lebih dari itu. oh, sembuhkan lah dengan segera.”
 

Kalau kita bicara tentang hati, mungkin selalu kita bilang, berapa juta kali ia berfungsi untuk terima rasa sakit, rasa indah, pahit dan juga untuk setiap rasa yang wujud di duniawi. Hati jadi kelam bila korban tak terbilang, jadi sisihan, tak dipandang. Jiwa allergi pada kerasaan hati yang begini. Ia jadi sedih, muram tak kira siang ke malam dan pabila malam kembali kesiangan , ia masih tak bergarit, kekal begitu.”

“untuk 390 hari yang pertama kita lalui, hati masih beraja, taman kembang berbunga, satu institusi yang diampuhi dengan sungai yang pahit, dan manis, tanah kering dan subur, rasa terik dan sejuk sepanjang pengadaan ia. Jadi pengajar setia untuk 390 hari yang akan datang agar badai yang beri kejutan gagal tak datangkan kesan. Aku tidak pernah menyalahkan hujan hujan kecil yang leluasa datang tika aku idamkan sang bintang terangi malam hari ku. Kerna aku tahu, aku ada satu bintang yang setia sepanjang malam, untuk hiasi langit hati, dalam sejuk yang bungkam tidur malamku. EN Hari hari jadi perlahan bila tiada bayang bintang itu kelihatan, sehari seakan bukan lagi 24 jam, terlalu perlahan bila bintang tidak kelihatan. Perlahan berubah menjadi rindu, setiap susuk memorabilia jadi persembahan terpantas bagi hati. ubati rindu. bertahan diatas kesiksaan yang cucuk perlahan lahan. /: Setiap tawa yang kita hilaikan, tangisan yang cucur berderai, sakit yang sama dirasakan, gusar yang sama kita sembuhkan, mengisyaratkan bahwa ini bukan sebarang kerajaan. kerajaan ini akan selamanya merajai hati, selagi dengan izin Illahi, dan tika aku hidup, tak mati. terima kasih untuk segenap rasa yang diberi; kerajaan yang merajai hati. - E.N” 


“alunan musik mengalun lembut lembari suasana malam ini. membuai bukan mata tapi perasaan, yang membolak balik berdalih untuk riang. sepi tidak aku undang tapi mahu saja ia bertandang. sedih dipanggil untuk meneman. lalu sayu terserempak dipertengahan jalan. may buat aku rindu, may buat aku sendu. sendu dalam rindu. belum se-dasawarsa lagipun semua berlalu, semuanya seolah semalam baru embun itu kukesat untuk melihat semuanya lebih jelas diwaktu pagi berkabus. tapi insan yang merajai hati, bertunjang di jiwa - setia menanti di setiap susuk yang aku duduk sendiri. temani aku bila sendiri, hiburkan aku bila hiba berduka. dia ada bila yang lain tiada. sentiasa ada. tiupkan aku dengan semangat, lalu sejuk yang bungkam menjadi hangat. terima kasih. EN (:”


“imaji tercipta buat sang insan bila dia menginginkan sesuatu. imaji mesti yang tentang sesuatu yang seindah pelangi, semeriah burung yang berciapan di pagi pagi. imaji tentang sesuatu yang baik buat kita, untuk aku, milik kamu. (: seperti menggengam kabus, imaji tak terus telus dapat kita garab, kalau kita simpan dalam kotak, tersimpan sekedap-kedapnya , dan bila masa nak guna, kita buka, pakai tekap, siap! imaji tercapai! - bukan, imaji tak sebegitu mudah nak dicapai. tak semudah dan mencapainya, usaha tak selalu mudah, belum tentu. aku mengimajikan sesuatu. Sesuatu yang bila aku buka pintu, bagasi aku bersambut, peluh yang sedikit masam tak dihirau, genggam erat didakap seketat ketat. tanda rindu. sendanya tak ubah seperti selangkah sebelum aku pergi, tawanya tak tukar sepertimana selangkah aku tika aku kembali. teruja. sudikan diri untuk lakarkan imaji, bermandikan pelangi, disulam emosi, digaul mesra dengan fantasi serta topingnya realiti. langkah bersama aku, kearah sesuatu yang kita sama sama imaji, kan sayang ? E.N (: lotsoflove.”



“tiada yang menjadi penghadang bila aku susun ketul nasi yang seribu, tak punya tangan yang sudi suap tak kira berapa malu. tiada yang bila aku seru, delapan selepas itu, muncul mengombak menghapus rindu. tiada. aku kerap mencari, kemana hilangnya semua itu. sampai habis semua buku aku singkap, tiada terjumpa. kemana agaknya ia pergi ? aku rindu, serious, aku tersangat rindu. rindu yang amat ini, lahir dari jiwa yang tak suai sendiri. tebalnya tak sempat sehari, meninggi. baru aku sedar, setiap yang aku perbuat, setiap itu, aku tak lengkap tanpa kamu, janggelnya diri, kaget dalam suram. tapi kamu selalu pesan, "i'm there, right in your heart" dengan nada memujuk.iya, you'll always be, cause i found you in me. i love you, E.N happy 8th boo! lotsoflove.”



“I've never wanted more then what i have now neither do less. I have you, and with you i'm at my best.Kalau kira sepertiga jam tu berdetik, dari saat ke menit, menit ke jam, merandik ikut arah yang selalunya dia berputar, rasanya seperti pijar lutut yang menahan badan mencangkung. Tangan mungkin lenguh, kepala bisa pusing, mata mungkin mengantuk, tersengguk sengguk. Dikira kira, bilalah detik ditunggu. Terlelap sebentar. Lalu terlepas. Ahh, bisa aja ada yang ganggu kalau saat itu yang kita tunggu, tak mampu untuk kita berada disitu. Kalau tak ingin begitu, biarkan masa berlalu, kita titi sesuatu yang sepertinya tak kisah akan masa berlalu. Bukan tak ambil peduli, tapi biar perhatian itu bukan satu satu perkara yang harus ditumpu, sebarkan, bahgikan pada sesuatu yang berbaloi untuk diperlaku. Kita leka, tapi masa yang sama, leka kita tak sampai lupa yang randik itu menghampiri waktunya di suku. Oh sakitnya jantung mendetak kencang, tak sabar waktu itu untuk hadir bertandang. Buluh buluh darah dipaksa mengembang.Lalu Hati pesan pada Jantung, "Sabar, waktu itu akan datang, biar aku kendalinya dengan tenang". Degup kurang mengencang. - Oh, indahnya menunggu sesuatu yang kau hargai akan hadir akan ia. Aku mulakan ia dulu dengan langkah yang aku sendiri ragu, mungkin dengan itu, aku cuba perbaiki mana mana yang beri aku liku. Mungkin yang salah itu beribu ribu, tapi syukur, dia hadir terima dengan sabar, sesabar bakal ibu. Dari sifar ke tujuh, Alhamdulillah, berpuluh lagi, insyaAllah ku tempuh, dengan kamu - E.N” 

No comments: