Tentang ia




Kalau kita sayang, cinta dan ingin hidup bersama seseorang itu, kita akan sanggup tunggu dia, walaupun dimana dia pergi, dimana dia berada, kecuali jika ajal datang menjemput. Kerana sayang dan cinta itu memerlukan pengorbanan. Seperti kamu cakap. Oleh itu, walau aku jauh, aku disini, di tempat baru, aku ikhlas, jujur dan sanggup tunggu kamu. Tunggu kamu walau sejuta tahun, kerana hati ini milik kamu. Kamu sudah bertakhta dalam hati aku. Aku tidak kisah dimana aku berada, tapi kau sentiasa dalam hati aku. Kerana apa? Kerana cinta aku kuat. Aku inginkan percintaan seperti Adam dan Hawa. Aku tak ingin bercinta kerana hendak bermain dalam perasaan dan hanya mengikut orang. Aku bukan begitu.

Kalau ingin bicara tentang hati ini, terlalu banyak yang ingin aku ungkapkan. Sampai aku mati mungkin tidak pernah habis. Tapi kamu? Kamu mudah sahaja lupakan cinta dan sayang kamu. Kerana ia lemah.Kamu lemah tika aku jauh. Pabila aku ada depan kamu, kamu beda. Beda dari sebelum ni. Kamu merayu kepada aku bila aku ingin meninggalkan kamu, aku bagi kamu cari keasih hati yang lain tika itu, tapi kamu tepis ia jauh jauh. Kerana kamu kata tidak semua perempuan macam aku. Tidak ada perempuan yang akan terima kekasih hati nya berbuat jahat dengan nya setelah beberapa kali terluka. Ianya adalah aku. Aku terima kelemahan kamu. Aku terima segalanya tentang kamu, kerana aku sedia untuk hidup dengan kamu selamanya. Bukan hanya setahun dua tahun sedekad atau pun bila bila. Kerana aku tahu cinta aku kuat.

Kamu cari perempuan lain kerana mampu menggembirakan kamu disana. Kamu lupa semuanya bila dikelilingi orang lain. Dikelilingi orang yang ambil berat tentang kamu, tetapi aku tidak pernah kau lihat. Aku adalah perempuan yang kamu kenal dahulu. Yang lain hanyalah aku disini. Jasad aku disini. Seperti mana yang aku pernah cakap, aku adalah bintang yang berkedipan dalam hidup kamu. Bintang kegemaran kamu. Aku ada dalam hati kamu.

Aku sudah ingatkan kamu jangan percayakan orang lain. Orang lain hanya hendak gunakan kamu. Aku kenal perempuan itu bersama kamu. Ramai mengatakan tentang dia. Tutp litup sahaja fizikal ia, tetapi hatinya kita tidak tahu. Aku tidak ingin mengaibkan dia, tapi semua orang tahu. Ada orang berkata kepada aku “Tak kenal dia lagi boleh lah cakap dia baik, cuba kenal hati budi, baru tahu langit tu tinggi ke rendah.” Aku tidak kisah kamu berkawan, tapi bahawasanya kenal lah dahulu hatinya.

Aku, aku akan berubah suatu hari nanti. Ke jalan yang benar, insyaAllah. Bukan kerana kamu, tetapi kerana Allah. Allah akan buka hati aku sedikit demi sedikit. Seperti dahulu, kamu mengajar aku, sikit demi sedikit aku berubah ikut keperluan kamu dan ikut kebaikan aku juga. Kamu kata segalanya akan berubah suatu hari nanti. Kita hanya perlu tunggu. Tapi tidak sekarang, kamu melayan aku seperti musuh kamu. Seperti sebelum ini kita tiada apa apa. Aku ingin kamu tahu, tiada orang yang sempurna melainkan Nya, pencipta kita, Allah. Semoga kamu berubah seperti dahulu, seperti orang yang kenal dahulu, yang tidak melayan orang seberangan dan pandai berdikari sendiri. Kerana aku akan sentiasa mendoakn kamu. Selalu.



La Tahzan.

2 comments: