Hidup


Hidup. Semua orang tahu apa itu hidup. Kehidupan. Kehidupan yang mesti dilalui oleh semua manusia di seantero dunia. Tidak berkecuali. Alien pun ada kehidupan, binatang pun ada. Semua ada kehidupan. Kehidupan ini manis jika semua pengalaman telah kita lalui. Pahit manis semualah. Tidak kira ianya suka mahupun senang, kita harus juga mengharungi kehidupan ini. Dengan tabah, dengan yakin, dengan bersemangat. Sebab kalau tidak, orang sekeliling kita akan ‘judge’ kita. Memang ramai orang kata ‘usah peduli apa orang kata’.

Tapi kalau seumur hidup kita, kita tak peduli apa orang kata, setiap orang disekeliling kita akan pandang rendah pada kita, caci kita, buat mulut pada kita, fitnah dan banyak lagi lah yang negative mahupun positif. Memang orang kata ‘Ala mulut orang kita tak boleh tutup’. Memang kita tak boleh tutup, tapi kita boleh ubah semua benda tu. Kalau kita baik pada semua orang, tapi orang tu still bercakap belakang pada kita, so itu kita kena redha jelah. Yelah dah buat baik tapi still dipandang rendah, itu tak dapat lah nak buat apa apa. Hidup kita dalam dunia, kita kena baik dengan semua orang.

Jangan ada musuh. Jangan. Sebab kalau kita gaduh dengan orang itu, tak kisah lah salah kita or salah orang tu, kalau dia tak maafkan kita, susah kita nanti. Sebab, kita dah buat orang tu sakit hati, orang juga ada perasaan bukan? Susah kita di masyar nanti kerana perlu mencari orang yang kita buat salah tu. Ingat kecik ke tempat tu? Tidak. Tidak sama sekali.

Oleh itu, sementara kita hidup, sementara kita masih bernafas, sementara kita boleh lagi berpijak pada bumi yang kita cintai ini, buatlah baik pada orang. Tak susah, tak rumit. Kan? Lebih baik buat kerja sendiri, tak perlu fikir halo rang kan lebih bagus. Kan?

Apa yang aku tulis adalah apa yang aku tahu, pendapat aku, pengalaman aku, apa yang aku rasa, apa yang aku hadapi. Semualah. Setiap orang berhak berkata apa apa kan? Kau pun berhak. Kau. Kau dan kau. So, buatlah baik pada semua, kalau tidak, segala kejahatan yang kita dah buat pada orang tu akan kena semula pada kita, tidak pada kita, kena pada orang yang kita sayang, kena pada family kita dan sebagainya. Fikirkanlah  (:

No comments: