Menyesal?


Menyesal. Regret. Semua orang pernah rasa perasaan itu. Tidak terkecuali. Aku pun pernah rasa menyesal tu. Banyak kali. Tapi yelah. Hidup kena diteruskan. Buat apa nak menyesal dengan apa yang dah kita lalui. Sebab perkara yang kita lalui tu yang buat kita dewasa. Buat kita matang sedikit daripada sebelumnya. Aku tahu bila kita menyesal, mesti akan keluar perkataan KALAU. Mesti keluar. Takdanya tak terkeluar. Mesti ada. Betul tak? Tapi, setelah apa yang terjadi pada diri aku, entri aku sebelum ni, bila aku fikir balik, aku taknak menyesal. Sebab ini jalan hidup aku. Aku baru dua puluhan. Masih jauh jalan hidup aku. Allah baru nak tunjuk sikit. Itu baru 0.01%. Banyak lagi ragam manusia diluar sana yang kita tidak tahu. 

Takpa, what kills you makes you stronger kan? Aku pegang benda ni. Tak semestinya aku sorang aku lemah kan? Aku ada family, kawan kawan, Allah. Aku tak pernah menyesal dengan apa yg terjadi pada aku. Aku tak pernah menyesal hilang kawan atas sebab tertentu, aku tak pernah menyesal study aku meleret sebab itu, aku tak pernah menyesal aku sakit sebab itu. Tidak. Memang pernah terdetik tapi bila kita berfikir balik, kita tahulah. Tak apa. Ini nasib aku. Takdir aku. Jalan hidup aku. Jalan hidup korang pun ada cerita tersendiri bukan? Cuma, aku nak cakap, walau apa pun terjadi dalam hidup korang, manis atau pahit, jangan pernah menyesal sampai berdendam. Sampai perkara manis jadi pahit. Sampai perkara baik jadi negative. Fikirkanlah. Aku manusia biasa. Hanya pandai berkata kata dengan pengalaman aku. Don’t judge me. Chiao.

No comments: