How to describe.


Harini aku gatal tangan nak update entri dalam blog ni. Sebab macam dah lama tak update. Hmm. Haritu aku baru habis bersuka ria dengan hari konvokesyen aku. Sangat best sampai sakit sakit badan aku. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Masa tu, sibuk semua jadi famous sebab masing masing nak ambil gambar dengan orang itu ini. Dahlah pakai heels dah nak berapa inci. Melecet kaki aku. Habis sakit tulang kaki. Inilah padah nya tak biasa pakai heels. Boooyahhh! Haha. Kat sana jumpa dengan Kak Sarah, Uncle, Auntie, dan Amer! Rindu mereka! Rindu sangat! Dahlah Uncle sibuk keneng keneng kan aku dengan Amer. Hahaha malunyaaa. Sumpah malu. Kena ambil gambar berdua lah. Uncle niii saja tau! K merah muka. Amer pun sibuk nak malu malu. Eee. Tiru!

Apa apa pun, sangat best! Ambil gambar dengan family. Semua gambar superb. Superb teramat sangat! Sukaaa sangat sampai tak boleh nak describe in words. Ya Allah, terima kasih atas segalanya. Biarlah dapat dua bintang pun, aku still bersyukur. Rezki tu ada kat mana mana kan? Aku redha dan akan terus mencuba. Cuba sampai infinity. Lama tak guna perkataan infinity ni. Hahaha. Jakun sekejap. Lepas have fun menggila dekat hari konvokesyen, hari melepak sedunia pulak bersama orang segamat! Whoaaa. Rindu mereka semua. Rindu serindunyaaaa. Bila dah lepak, kena ah guna masa ni sebetul betulnyaa. Tak boleh miss satu pun. Aku ada kawan baru! Awang, Chad and Kina! Kina and Chad adalah couple yang sangat sweet. Chad muka dia macam Comel. Comel kesayangan aku. Bila rindu Comel, tengok Chad dah ubat rindu tu. Hihi. Rambut hampir sama, badan. Aaaaaa. Sama! Duplicate! Kina pulak perangai nauzubillah. Kena kaki baru okay agaknyaaa. Tapi keluar dengan dia mmg tak berhenti ketawa. Sakit perut, nk putus tali kentut semua ada. Hahaha. Kinaaa selekeh!

After dah habis semua tuu, kembali lah kehidupan macam biasa. Yang sangat sibuk sampai tak ingat nak makan dia. Sampai tak cukup tidur dia. Semuanya tak cukup. Tapi Alhamdulillah aku boleh control and masih lagi hidup hingga kini. Alhamdulillah atas segalanya.
Apa lagi aku nak bebel kan ni. Hmmm. 

No comments: