Jill

Harini walaupun aku busy, aku ingin update entri ni jugak, maybe sebab dah terlalu lama aku merenung buku dan assignments tanpa henti dan tanpa ada rehat yang cukup. Hmmm, sepanjang aku busy dengan semua itu, macam macam yang telah terjadi, aku anggap ia sebagai ujian dan dugaan yang datang. Aku takkan pernah give up. Kerana Allah tidak suka hambanya putus harapan. Takpalah, kalau tiada ujian dan dugaan pun tak best jugak kan? So, aku hadapinya dengan senyuman. Kita mesti kuat kalau nak hidup dalam dunia ini. Sebab dunia ini tidak dijadikan untuk kita seorang sahaja. So hadapilah dengan positif. Sepanjang aku stress semua, ayah dan mak pengubat segalanya. Ayah tidak lekang dengan lawaknya dan emak pula sentiasa mendoakan aku. Alhamdulillah ya Allah. Aku bahagia. Ayah dan emak sentiasa support aku dari belakang. Terima kasih semua. Kepada kawan kawan yang sentiasa mendengar masalah aku, tempat aku mengadu selain Allah dan ibu bapa. Korang the best.



Mengenai perasaan cinta, ingin disayangi, aku tolak ketepi dahulu kerena itu semua tidak penting buat aku sekarang ni. Adakah aku normal? Yes aku normal, Cuma aku tiada masa nak fikir pasal itu dengan lebih mendalama. Kerana kini, degree aku dah buat aku sarat dengan masalah. Takkan nak ditambah dengan masalah pulak kan? So, put it aside. Tak semua percintaan bahagia, kerana mana ada benda perfect dalam dunia ni. Mula mula je bahagia, lama lama aka nada pergaduhan dan seterusnya kembali baik dan seterusnya korang fikir lah sendiri. Hehe. Aku dah penat menjaga hati dan perasaan orang sehingga perasaan sendiri tidak terjaga. “Kesian kau sebab asyik nk jaga perasaan orang sampai perasaan kau sendiri kau tak jaga”, (Jill, 2013). Ini kawan aku cakap, he knows everything about my problems. He my bestfriend ever. Aku sayang kau Jill!

No comments: