Kau pergi. Al Fatihah

Pagi ni, aku dapat berita, berita yang amat mendukacitakan aku. Respond aku pabila dengar mengenai hal itu, membuatkan aku terkejut, seperti hendak mengalir air mata ini. Tapi aku hanya boleh bersabar dan menyebut innalillah. Bertalu talu soalan yang aku tanya kepada Iqy. Kerana dia yang menelefon aku untuk bagitahu mengenai itu. Pada waktu itut, saat itu, aku telah kehilangan seorang kawan baru, kawan yang first and last aku jumpa, kawan yang sangat kelakar, kawan yang sangat cool. Kawan yang bernama Dasrif. Das, semoga kau tenang disana.

Aku dapat tahu cerita kau pergi kerana ingin menyelamatkan kawan kau yang hampir lemas di air terjun di Bentong. Kau sangat berani, Das. Kau sanggup sacrifice diri kau untuk dia, dia selamat dan kau pergi. Allah sayangkan kau, Das.




arwah Das yang duduk sambil buat peace tu.

Aku takkan lupa malam itu kita makan satu table di Dagang, gelak gelak, bahan bahan orang itu ini. Aku tidak akan lupa, walaupun kau kawan baru aku. Al Fatihah


No comments: