Part of me

Semakin hari semakin sayang, sayang yang takkan pudar walaupun sikit. Rasa cinta yang makin mendalam hanya untuk kamu. Kamu yang sentiasa di ingatan dan hati ini. Hati yang sentiasa berdegup nama kamu. Rasa cinta yang semakin berkembang megah rasanya, sayang. Sayang, setiap hari, aku mahukan kamu. Setiap masa, setiap minit, jam, dan saat. Aku hanya inginkan kamu seorang dalam hidup aku, sampai bila bila. Kerana kamu kegemaranku yang tidak lekang membuat aku tersenyum, ketawa tanpa henti dan pelbagai rasa yang tidak dapat aku gambarkan. Kerana kamu, aku memnangis, aku sedih, aku sakit, aku suka, aku gembira, semua rasa menjadi satu. Semuanya kerana kamu. Sudah lama aku tidak merasa seperti ini, seperti seorang manusia normal yang mempunyai pelbagai perasaan. Sayang, aku inginkan kamu seorang. Tidak ada orang lain. Sumpah aku penat. Penat untuk mengulang semuanya daripada sifar. Aku harap, dengan diri yang tidak seberapa ini dapat membuat diri kamu bahagia, tersenyum, ketawa tanpa henti seperti mana aku merasakan itu. Diri ini yang tidak sesempurna tetapi akan aku cuba sedaya upaya membuat kamu bahagia. Kerana bahagia itu ada aku dan kamu. Kamu ingat itu, sayang. Aku tidak ingin mencintai kamu untuk beberapa juta hari, kerana aku ingin mencintai kamu lebih dari hari hari itu dan tidak boleh dikira. Kamu adalah selepas pencipta aku dan keluarga aku. You’re part of me. Part of me, lovely. I want to own you. Only you. And I don’t want anyone else to own you. I love you.

No comments: