Hati



Pabila kita soal kan hal hati, perbagai kata tidak dapat diungkapkan. Jika dihuraikan satu persatu, mengambil masa yang tersangat lama. Cukuplah sekadar aku tahu hati ini, milik kamu. Kamu yang sentiasa ada, disini, didalam ini, hati ini. Sekian lama aku dengan kamu, pelbagai rintangan dan dugaan yang telah kita lalui, bersama. Aku harap ianya tidak berhenti setakat ini. Mungkin kita ada salah faham, mungkin kita ada tergaduh kecil, mungkin kita ada semua benda yang negative, tapi aku inginkan, ianya tidak berakhir setakat ini. Kerana aku ingin membina benteng positive kita supaya semua yang datang dapat kita tepis dengan baik. Dengan dewasa, dengan lancar. Kerana aku bukan hanya inginkan kamu pada harini, tetapi pada masa hadapan aku. Ia, itu masa yang aku tunggu tunggu. Aku menginginkan sesuatu yang kekal, sampai bila bila. Walaupun deras ombak datang memukul, kita tetap disitu, memegang satu sama lain, disitu, tidak berganjak :) Aku inginkan kamu harini, esok dan hari hari yang seterusnya. Kerana hati ini, dimiliki, kamu. MNM

No comments: