itu-dia-kawan



Friends show their love in times of trouble, not in happiness - Euripides


Orang yang hampir dengan kita selepas keluarga. Orang yang sentiasa menghabiskan masa bersama kita. Ya. Semua orang mesti ada kawan, kawan yang ada suka duka senang susah. Tak kira lah betapa teruknya seseorang individu itu, itu juga kita panggil kawan. Bagi aku, kawan boleh jadi sesiapa je, yang gay, yang lesbian, yang teruk perangai, yang baik, semua ada. Baru lah kita tahu macam macam rupanya perangai manusia. Ya, aku bertuah sebab dikelilingi dengan kawan yang pelbagai ragam. Tapi pada masa yang sama, aku pening, aku confuse, kerana bukan hanya ragam, tetapi lebih daripada itu. Kini aku dah 20 an, bermaksud, lama tidak lama aku mengetahui perangai orang sekeliling. 

Bagi aku, susah hendak mencari kawan yang baik dengan kita sampai kita mati, sampai kita tua, kerana manusia berubah. Ya, lebih lebih lagi kaum aku, kaum Hawa. Kaum ini lah yang sukar sekali bagi aku untuk berkawan, ada sahaja orang judge. Sinonim dengan nama wanita, yang banyak mulutnya, ada sahaja idea untuk mengata orang, tak kisah lah orang tu baik ke, jahat ke, yang jahat lagi lah kena bash, yang baik, pun sama jugalah, ada je tak kena, ada je nak cari silap. Ya, orang itu pelbagai perangai, tapi sebagai seorang kawan, kita dapat menasihati, kalau dia tidak dengar, itu dia punya hak, kita terus kan lah hidup kita, jangan pula nak bercerita belakang dia, jangan pula rasa tak puas hati, kita dah buat apa yang patut kita buat. Kawan, seseorang yang mampu menerima kelemahan kita, sesorang yang boleh berkawan dengan kita walaupun ada banyak mana kelemahan pun, dia tetap disitu, disitu dengan menasihati, dan sentiasa dengan kita, mendengar dan sebagainya. Ya, itu kawan. 

Kawan, adalah seorang yang tidak mudah mendengar fitnah dan segala cerita buruk daripada orang lain tanpa menyiasat cerita sebenar antara dua pihak, jika dia benar kawan, dia akan bertanya, dia akan solve dan cari solution. Bukan dengan meninggal kan dia tanpa memberitahu hal sebenar. Bukan dengan bercakap belakang, bukan dengan menikam dari belakang. Bukan. Itu tidak benar. Dari situ kita boleh Nampak perangai sebenar kawan itu macam mana, bermuka muka. Sukar diramal. Jika benar engkau engkau dan engkau kawan yang sejati yang boleh diharap, sentiasa lah ada dengan dia tika dia dalam kesusahan dan senang, kerana jika suatu hari engkau berada dalam kesusahan, selain keluarga, kawan juga lah yang akan membantu, kawan juga lah yang engkau cari, kan? 

Ya, aku tahu aku tidak sempurna, tapi aku juga perlukan nasihat, aku juga perlukan sokongan dan segala hal yang aku lemah, betulkan apa yang aku salah. Mungkin aku ada terlepas pandang, mungkin aku lalai, tapi aku manusia yang tak terlepas membuat salah. Semua orang buat salah, kerana kita manusia biasa. Ini adalah raw words dari aku, tiada mengena dengan yang hidup dan yang mati, jadi, jangan lah terasa ke apa ke, then touching sendiri, lepas tu conclude everything. Yeah manusia ni, mulut dia takkan tutup selagi nyawa tak ditarik daripada jasad. 

Just saying! :)

No comments: